KUALA LUMPUR: Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kandungan mesej yang mendakwa wang caruman ahli KWSP melibatkan penama individu yang meninggal dunia terdahulu daripada ahli KWSP akan disalurkan secara automatik kepada AmanahRaya, juga mengelirukan.
"AmanahRaya, pada setiap masa boleh dilantik sebagai Pentadbir atau Pemegang Amanah oleh institusi Mahkamah, Pejabat Pusaka Kecil atau AmanahRaya sendiri di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.
"Kesemua harta pusaka yang ditadbir oleh AmanahRaya hanya akan dibahagikan kepada waris-waris yang sah mengikut peruntukan undang-undang yang terpakai," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menjelaskan wang caruman ahli KWSP hanya akan disalurkan kepada AmanahRaya apabila berlaku tiga keadaan iaitu jika AmanahRaya dilantik sebagai pentadbir kepada harta pusaka ahli KWSP yang telah meninggal dunia.
Keadaan lain adalah apabila AmanahRaya dilantik sebagai Pemegang Amanah bagi bahagian waris-waris ahli KWSP yang di bawah umur, atau AmanahRaya dilantik sebagai Pemegang Amanah bagi bahagian Orang Kurang Upaya kerana mereka tidak mempunyai kapasiti dari segi undang-undang untuk menerima, menguruskan atau memegang wang simpanan KWSP berkenaan.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan isu itu atau berkaitan perkhidmatan AmanahRaya dengan menghubungi talian 03-2723 7273, e-mel [email protected] dan WhatsApp 03-2055 7557.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2024
AmanahRaya memaklumkan kandungan mesej yang mendakwa wang caruman ahli KWSP melibatkan penama individu yang meninggal dunia terdahulu daripada ahli KWSP akan disalurkan secara automatik kepada AmanahRaya, juga mengelirukan. - Gambar AmanahRaya
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
AmanahRaya, SPNB meterai MoU bantu pemilik rumah terima produk perancangan pewarisan
Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dan Syarikat Perumahan Negara Malaysia (SPNB) telah memeterai Perjanjian Kolaborasi Strategik (MoU)
AmanahRaya perjelas isu wang caruman ahli KWSP
Kandungan mesej berkaitan penamaan bagi caruman ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini tular melalui aplikasi WhatsApp adalah tidak benar.
1MDB nafi buat pinjaman RM2 bilion daripada AmanahRaya
1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menafikan ia membuat pinjaman RM2 bilion daripada AmanahRaya Bhd.